Sunday, March 15, 2009

ramalan @ sangkaan

Anda pernah mendengar TEORI RAHMAN???


Teori yang menyatakan tentang susunan pemimpin negara (Malaysia).
Teori ini menunjukkan peneraju negara yang "pertama" hingga sekarang,
atau ada yang mengatakan mungkin yang "terakhir".

Mengapa ungkapan "terakhir" digunakan?
Mengikut ramalan teori ini,
negara akan mengalami KEJATUHAN akibat dari teraju pemimpin terakhir yang diramalkan dalam teori ini...

Teori RAHMAN :-

R - Rahman

A - Abdul Razak

H - Husein

M - Mahathir

A - Abdullah

N - "Najib"


Seperti yang kita sedia maklum...
Peralihan kuasa akan berlaku, PAKLAH akan digantikan dengan Najib yang akan menjadi PM yang ke-6. Mengikut "teori RAHMAN" ini memang Najib lah yang sesuai dengan turutan ramalan. Tapi sejauh manakah ramalan tentang "Kejatuhan" negara akan berlaku akibat dari teraju pimpinan Najib??

Ada yang menyukai cara PAKLAH meneraju negara, tapi tidak kurang yang kurang senang dengan kelembutannya menjadi pemimpin negara.
Fenomena ini tidak lari apabila masyarakat mendengar Najib akan mengambil alih pucuk pimpinan...
Dengan pelbagai kontroversi timbul dalam negara yang melibatkan nama Najib,
cukup merisaukan maysarakat negara. sejauh mana kebenaran cakap-cakap dan khabar yang sampai kepada maysarakat. Atau satu agenda dari pihak pembangkang!
Tapi dalam masa yang sama Najib mula menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin...

Sejauh manakah kebenaran teori ini, menyatakan bahawa negara akan mengalami "kejatuhan"...
Benarkah punca datang dari peneraju berikutnya, iaitu NAJIB!!!

Sebagai salah seorang warganegara malaysia, biarlah siapa yang memimpin negara...
Tetapi untuk melihat negara ini "JATUH" tidak sama sekali.
Biarlah JALUR GEMILANG terus berkibar gah! di udara...
Harapan seorang anak bangsa, biar MALAYSIA terus Cemerlang, Gemilang, Terbilang...

Dirgahayu Negaraku.

Tuesday, March 10, 2009

nukilan pinggir jalan (teman)




Teman...









teman, janganlah kau berjalan di hadapan ku...

mungkin kerana aku bukan pengikut yang baik.

teman, janganlah kau berjalan di belakang ku...

mungkin kerana aku bukan ketua yang baik.

teman, jalanlah kau bersama seiring dengan ku..

mungkin kita bisa menjadi pasangan teman yang baik.



(",)